Mengidam Nak Mandi Swimming Pool, Suami Eyra Hazali Beli Satu Letak Di Rumah

Pelakon Eyra Hazali dan suaminya Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Nadzli yang juga merupakan penjaga gol skuad bola se pak bawah 23 tahun negara telah berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan. Hasil perkongsian hidup, Eyra kini sedang sarat hamil 32 minggu.


Terbaharu, Eyra meluahkan rasa gembira selepas keinginannya untuk mandi manda di swimming pool sudah ditunaikan oleh suaminya.

Kata Eyra, dia mula mengidam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun terpaksa dipendam disebabkan keadaan tidak mengizinkan.


“Saya mengidam nak mandi swimming pool sejak PKP dilaksanakan tapi terpaksa ditangguhkan dulu.

“Masatu kami tak pindah rumah lagi, masih di kondonimium. Saya tak meletakkan harapan yang tinggi walaupun ramai cakap ibu mengidam ni kena ditunaikan. Saya pun tak memaksa Haziq.


“Bila dah pindah rumah landed, masa kami keluar ke pusat membeli belah Haziq cakap nak belikan swimming pool untuk saya

“Mula-mula tu saya banyak kali juga tolak sebab tak penting pun. Tapi Haziq la tetap juga nak beli,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Eyra lagi,  sepanjang mengandung itu adalah mengidam yang paling pelik dirasainya.

“Saya rasa itu ja mengidam yang paling pelik. Biasalah ibu mengandung ini.

“Saya bukan seorang perenang, tak suka juga untuk pergi ke Taman Tema Air tapi tetiba perasaan tu nak,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig @eyra.hazali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*