24 Tahun Raikan Hari Bapa, Sheila Rusly Dedah Sesuatu Mengenai Jinggo

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iatu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Sempena sambutan Hari Bapa semalam, Sheila mendedikasikan penghargaan buat suaminya, Jinggo.

Sheila mendedahkan bahawa meskipun sudah 24 tahun mendirikan rumah tangga, Jinggo masih komited dan mengambil berat tentang pelbagai perkara dalam kehidupan seharian anak-anaknya.


“24 tahun sambut hari bapa tapi awak masih kejutkan anak solat subuh, masih call anak ingatkan mereka untuk solat, sanggup tinggal kerja untuk anak.

“Sampai sekarang, nampak kereta anak awak basuhkan, rosak tolong baiki, kasut anak kotor awak bersihkan, basah dijemurkan, tu tak termasuk duit yang awak dah belanjakan,” tulis Sheila di Instagram.

Dalam pada itu, Sheila turut merasakan jasa dan peng0rbanan Jinggo sebagai seorang bapa tidak dapat diungkap dalam tempoh satu hari.


“Saya rasa satu hari tak cukup untuk menggambarkan betapa istimewanya awak sebagai seorang bapa, sebab awak sangat menakjubkan setiap hari dalam setiap tahun! Happy Fathers Day Tok Sidang,” tulisnya lagi.

Perkara tersebut dikongsikan Sheila menerusi laman instagram miliknya.

Perkongsiannya itu telah mencur1 perhatian pengikutnya dimana rata-rata mereka tersentuh dengan kata-kata manis yang ditulis Sheila itu.

 

 

Sumber: Ig @sheilarusly_jspictures

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*