Dikatakan Menunjuk-Nunjuk Ketika Keluarkan Zakat, Ini Jawapan Balas Aeril Zafrel

Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel telah menjadi perhatian wargamaya apabila dia memuat naik sekeping foto ketika dirinya melakukan pembayaran zakat perniagaan.

Gara-gara foto yang di muat naik itu, dia didakw4 seolah-olah cuba menunjuk-nunjuk apabila memuat naik

Namun begitu, Aeril menafikan dakw4an sesetengah pihak yang mengatakan dirinya cuba menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya, kata Aeril, dia melakukan hal tersebut kerana mahu menggalakkan orang ramai untuk melakukan perkara sama, terutamanya kepada usahawan-usahawan lain.

“Saya seorang pemilik bisnes, ramai penjual produk di bawah saya. Jadi, sebagai pemimpin saya kena tunjukkan kepada mereka untuk tidak lupa menunaikan zakat.

“Macam mana saya nak ingatkan kepada mereka jika saya tak tunjuk kepada mereka. Saya buat bukan ingin menunjuk atau mahu sebarang pujian,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Bahkan, kata Aeril, dia menyedari bahawa ada pihak yang cuba mengaitkan dia seperti usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan suka menunjuk setiap kali membayar zakat.


Begitupun, katanya, dia sendiri mengakui terinspirasi daripada usahawan tersebut untuk terus istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama.

“Sebenarnya, saya sendiri terinspirasi daripada Aliff Syukri. Bila saya tengok apa yang dikongsikannya, dia mengingatkan saya agar untuk menunaikan zakat.

“Walaupun dia begitu, dia ingat tuhan..dia ingatkan saya pada perkara wajib. Bila tuhan beri rezeki kita kena beringat,” katanya.

Jelasnya lagi, dia juga kini mengambil pendekatan untuk menunaikan zakat perniagaannya pada setiap bulan.

“Saya rasa amalan yang baik ini jangan ditangguhkan. Biarlah amalan itu kita percepatkan walau pun ia sebenarnya hanya perlu dilakukan setahun sekali.

“Cuma, niat saya untuk buat tiap bulan, bukan apa saya terfikir kalau saya tak sempat nak tunggu setahun.. dibuatnya saya dah tak ada. Insya-Allah, sebulan sekali, ada keuntungan saya terus bayar,” jelasnya.

 

Sumber: Gempak, Ig @aeril_zafrel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*