Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina telah mendirikan rumah tangga mereka pada 10 Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Terbaharu, Datin Dr Halina kini hamil anak kembar buat kali kedua. Dr Halina mendedahkan bahawa kehamilannya kali ini sangat mencabar.
Jelas Dr Halina, dia dapat merasakan reaksi yang berbeza untuk proses kehamilan kali ini memandangkan usianya sudah memasuki 39 tahun.
“Terima kasih kepada semua atas doa anda. Alhamdulillah kami bersyukur dengan segala doa yang baik-baik dari anda semua. Terima kasih lagi.
“Hamil di lewat usia datang dengan pakej cabaran yang berbeza. Saya dapat rasakan badan saya memberi reaksi berbeza berbanding kehamilan dulu. Yang sama hanyalah saya semakin membesar,” tulisnya di Instagram (IG).
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar meluahkan rasa gembira apabila bakal menerima sepasang kembar lagi.
Dalam pada itu, Dr Halina turut mengucapkan terima kasih kepada wargamaya yang tidak putus mendoakan untuk mereka sekeluarga.
“Waktu ini ketika saya berjumpa Dr @fara.azura, kawan lama saya dari Hospital Selayang.
“Video pertama di sebelah kiri menunjukkan bagaimana kembar terletak bersebelahan di rahim. Dua katung yang dipisahkan dan dua kantung yang terpisah.
“Seterusnya adalah bayi di sebelah kanan dan video terakhir adalah bayi di sebelah kiri.
“Terima kasih sekali lagi atas doa anda semua. Sentiasa doakan kami,” tulisnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Dr Harlina menerusi laman instagram miliknya.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian daripada pengikutnya dimana mereka begitu teruja dengan kehamilannya dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Sumber: Ig @drhalina
Leave a Reply Cancel reply