Elektrik Percuma Buat 4 Juta Pengguna Domestik

Terdahulu, ramai yang tidak berpuas hati apabila bil elektik kediaman naik mendadak sejak PKP dilaksanakan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.

Beliau berkata, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.

“Pengguna domestik guna elektrik lebih 300KWJ terima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020.

“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

“Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya.

Beliau berkata, keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.

Menurutnya, kewujudan TNB selaku pembekal tunggal sumber tenaga di negara ini adalah langkah terbaik dan memudahkan kerajaan membuat kawal selia, berbanding membenarkan pelbagai pembekal.

 

Foto: Google

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*