Peniaga Pasar Malam Dikatakan Tidak Puas Hati SOP Baru, Ini Sebabnya

Terdahulu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 3 bulan bermula 18 Mac lalu bagi membendung penu1aran wab4k Covid-19. Kesan daripada itu, hampir kesemua sektor ekonomi terpaksa dihentikan ekoran pelaksanaan perintah tersebut termasuklah pasar pagi, pasar malam dan bazaria.

Setelah lebih tiga bulan tidak beroperasi akibat pandemik COVID-19,  pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria kini kembali dibenarkan beroperasi.

Pembukaan semula pasar terbabit tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Biarpun ramai peniaga yang menyambut baik pengumuman tersebut, namun terdapat segelintir penjaja dan peniaga pasar malam meluahkan rasa tidak pvas hati mereka berkenaan SOP ditetapkan.

Menerusi laporan Bernama, seramai 500 penjaja dan peniaga Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) memilih menangguhkan dahulu pembukaan semula perniagaan susulan SOP yang terlalu ketat.


Menurut Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR, Azkhalim Suradi,  pihaknya berpendapat SOP itu perlu dikaji semula kerana tidak munasabah untuk dilaksanakan ke atas pasar malam.

“Berdasarkan SOP, selain jarak sosial sejauh 1.5 meter antara gerai-gerai berukuran lapan meter persegi, pengunjung juga dil4rang membawa kanak-kanak bawah 13 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas tidak digalakkan berkunjung ke pasar malam.

“Selain itu, kebanyakan pasar malam tidak sesuai untuk dipagarkan kerana keluasan yang terhad. Jika jarak sosial dipraktikkan sebahagian besar penjaja dan peniaga tidak dapat berniaga kerana bilangan gerai yang terhad,” katanya.

Tambahnya, penjaja dan peniaga pasar malam juga mungkin terpaksa menanggung kerugian berikutan jumlah pelanggan yang terhad.

“Dengan SOP sedemikian, kami rela menangguhkan dahulu operasi pasar kami.

“Selagi tiada SOP yang dipersetujui oleh semua persatuan, selagi itulah kami tidak akan beroperasi semula,” katanya.

 

Foto: Google

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*