Baru-baru ini, kita dikhabarkan bahawa penawar Covid-19 sudah dijumpai iaitu ‘Dexamethasone’. Namun begitu, ia bukanlah vbat yang boleh diambil sesuka hati.
Oleh hal yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalah guna atau mengambil vbat ‘Dexamethasone’ tanpa panduan daripada doktor untuk meraw4t wabak Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana vbat berkenaanmempunyai kesan sampingan, dan ia perlu diimbangi dengan keperluan penggunaannya bagi penyak1t-penyak1t tertentu.
“Salah satu kesan sampingannya adalah sindr0m ‘cushing’, penipisan kulit, dan beberapa siri kesan sampingan seperti kehilangan keupayaan tulang serta kelemahan otot, bergantung kepada tempoh berapa lama pengambilannya,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 pada Rabu.
Beliau berkata Dexamethasone adalah sejenis ubat steroid yang digunakan untuk mengurangkan radang dalam pelbagai penyak1t, termasuk kepada pesak1t kanser, dan Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum perkembangan awal ujian klinikal vbat Dexamethasone dalam merawat Covid-19 yang dikenali sebagai ‘Recovery Trial’ di University of Oxford itu.
“Hasil dapatan awal ‘Recovery Trial’ menunjukkan vbat ini dapat mengurangkan risik0 kemat1an iaitu sehingga satu pertiga dalam kalangan pesak1t Covid-19 yang mempunyai geja1a penafasan yang serius, terutamanya mereka yang berada di tahap lima dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Namun, ujian klinikal ini juga mendapati vbat ini tidak membantu dalam rawatan pesak1t Covid-19 yang hanya mempunyai gejala ringan atau yang tidak memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Katanya vbat ini hanya digunakan di wad Unit Rawatan Rapi, maksimum empat miligram dan lima hari sahaja dalam kalangan pesak1t krit1kal Covid-19 tahap lima. – BERNAMA
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply