Sebelum ini, aktor Fezrul Khan mendapat perhatian wargamaya apabila meluahkan rasa tidak pvas hati apabila mendapati jumlah bil elektrik yang dibayar melambung sehingga RM1943.50.
Terbaharu, Pelakon Saharul Ridzwan turut meluahkan rasa yang sama apabila bil elektrik rumahnya melonjak tinggi sehingga RM1144.75.
Apa yang membuat Saharul turut tidak puas hati kerana rumah tersebut tidak didiami mereka sekeluarga.
“Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi.
“Rumah kat Cyberjaya yang tak duduk pun kena cas ada penggunaan elektrik? Time PKP hantu berdisco bukak suis kot kat dalam tu,” kongsinya menerusi laman Twitter.
Saharul turut memuat naik ‘screenshot’ yang menunjukkan graf penggunaan elektrik sehingga bulan Jun.
Jelas Saharul lagi, dia begitu buntu untuk menyelesaikan masalah ini.
“Tak tahu nak mar4h siapa kat TNB ni. Hubungi operator pun, dorang cuma jalankan tugas. Salahkan sistem, orang yang buat. Siapa orang tu?
“Diskaun 15%, sauk balik berpercent percent. Tak nice la tu. Sorry lah lepaskan ger4m kat sini, sekurang-kurangnya mar4h tu tak tertuju kat sapa-sapa. Kang aku membebel kat meter tu orang cakap g1la,” tulisnya lagi.
Eh. Bukan main graf dia melonjak sampai macam tu. Ramai dah kena macam ni. Hari kena kat diri sendiri. Adoi. pic.twitter.com/WKvNtYXGOX
— SR (@SaharulRidzwan) June 17, 2020
Sumber: Gempak, Foto Ig @saharulridzwan
Leave a Reply Cancel reply