Penyanyi Altimet meluahkan rasa bersyukur kerana akhirnya kedai gunting rambut miliknya, Joe’s Barber yang terletak di Shah Alam sudah mula beroperasi sejak ditutup 3 bulan yang lalu.
Dalam pada itu, Altimet meyakinkan pelanggannya bahawa kedainya sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaaan.
“Syukur, kami masih disini. Lepas kurang lebih 3 bulan tak beroperasi, kami mula bergerak balik.
“Jemput datang abang-abang dan adik-adik, kita kasi settle serabai kusut tu semua.
“Kedai kami sentiasa ikut SOP kerajaan, segala langkah kebersihan dan keselamatan kami ikut 100 peratus,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikan Altimet menerusi laman instagram miliknya.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata teruja untuk ke kedainya.
Sumber: Instagram @altimet
Leave a Reply Cancel reply