Mesti ramai tak sabar menunggu panggung wayang atau pawagam dibuka. Namun begitu, sektor ini masih belum dapat dibenarkan beroperasi. Perkara ini dimaklumkan sediri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Datuk Seri Ismail, masih belum ada prosedur operasi standard (SOP) mengenai pawagam yang disediakan buat masa ini.
“Belum lagi setakat ini. Sampai masanya kita akan buka. SOP pun belum ada lagi,” katanya pada sidang media, petang Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pawagam dibenarkan beroperasi.
Mengenai kapasiti tempat duduk pelanggan semeja di kedai makanan pula boleh ditambah sekiranya saiz meja yang digunakan lebih besar asalkan ada penjarakan sosial.
“Selagi ada penjarakkan sosial, boleh. Kalau meja panjang, boleh muat sampai 10 pelanggan tetapi mesti ada penjarakkan sosial.
“1sunya adalah penjarakkan sosial. Kalau meja untuk 10 orang, takkan nak duduk dua orang sebagai contoh. Kalau boleh muat untuk lapan, maka lapan lah.
“Jadi, kita tak ada halangan dari segi itu, kita bolehkan,” tambahnya.
Terdahulu, SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah empat orang dibenarkan duduk semeja di kedai makan.
Namun, Malaysia kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu dengan lebih banyak kelonggaran diberikan.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply