Buka Gelanggang Malam Ini, Ini Senarai 10 Pemilik Suara V1ral

Debaran minggu pertama konsert program realiti nyanyian, Suara V1ral kini semakin terasa kerana kesemua peserta bakal membuat persembahan sulung mereka malam ini.

Program realiti ini menampilkan 10 peserta daripada pelbagai latar belakang kerjaya yang terdiri daripada barisan frontliners iaitu tentera, polis, rider, jurutera dan lain-lain lagi bakal menemui penonton pada pukul 9 malam ini di saluran Astro Prima.

Apa yang pasti, malam ini bakal menjadi malam yang ditunggu-tunggu buat semua rakyat Malaysia.

Penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad merupakan dua juri tetap manakala seorang lagi juri jemputan akan dijemput pada setiap minggu.

Apa yang menarik lagi, lapan individu lain sebagai juri duduk rumah yang terdiri daripada barisan selebriti dan pengamal media turut serta mengadili program ini.

Kesemua mereka bakal berentap selama 8 minggu bagi merebut gelaran juara Suara Viral yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersama Marsha Milan Londoh selaku pengacara backstage.

Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula malam ini (17 Jun) setiap Rabu pada pukul 9 malam.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.

Bagi pilihan lebih fleksibel, penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.


Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*