Pokok Lidah Jin Atau ‘Indoor Plants’ Dikatakan Bah4ya Untuk Imun Badan Manusia, Ini Penjelasan Ahli Kimia

Sejak beberapa minggu yang lalu, pokok lidah jin atau turut dikenali sebagai Lidah Mentua telah menjadi tanaman paling laris dijual di kedai-kedai tanaman atau Nursery.

Semuanya gara-gara dak waan mengatakan ia mampu menyedut udara kotor selain memberi kesegaran kepada ruang rumah.

Namun, menerusi laporan Bernama baru-baru ini, pokok tersebut juga mempunyai kesan buruk terhadap manusia.

Menurut ahli Kimia, Dr Fatimah Salim, dia melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma.

“Ini kerana ia boleh menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya .

Tambah Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah.

“Antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri,” katanya.

Dalam pada menerusi satu posting di Pusat Racvn Negara, 7 Jun lalu, pihak berkenaan menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin.

Bahan ini dikatakan boleh menyebabkan gejala ringan seperti mvntah, cirit birit dan ruam jika termakan.

“Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan mvntah-mvntah.

“Dalam kegha1rahan menanam pokok tu1ar ini di dalam rumah, pastikan anda berw4spada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisik0 menyebabkan keracvnan,” kata pengendali akaun tersebut.

 

Sumber: Bernama, Facebook Pusat Racvn Negara  via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*