Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya telah disatukan pada pada 13 September tahun lalu di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Terbaharu, model yang juga isteri kepada Rizman Nordin, Nurida tampil berseri dengan kandungannya yang kini sudah mencecah tujuh bulan.
Nurida memuat naik foto terbarunya bersama suami menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang di laman instagram miliknya.
“In my beautiful and comfy kaftan by suami,” tulis Nurida ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Nurida yang hamil anak perempuan anggun mengenakan kaftan berwarna ungu lembut dengan perincian renda dan ditatarias solekan ringkas serta rambut melepasi bahu.
Perkongsianya itu telah mencvri perhatian pengikutnya dimana rata-rata mereka memuji penampilan ibu hamil ini yang sentiasa tampak cantik dan bergaya.
Sumber: Instagram @nuridasuraya
Leave a Reply Cancel reply