Baru-baru ini, Pelakon dan penyanyi Bella Astillah telah mencvri perhatian wargamaya apabila menghadiahkan set barang kemas sempena hari lahir ibunya.
Menurut Bella, ibunya yang bersederhana pada mulanya enggan diraikan sehingga bermewah-mewah.
“Alhamdulillah dapat celebrate hari ini. Mama cakap “Janganlah susah-susah nak buat semua ni, dekorasi lagi, umur mama dah berapa, seganlah, nak tempah kek apa semua”.
“Ma, this is my answer; tak susah pun nak dibandingkan dengan peng0rbanan mama membesarkan Kak Long dan adik-adik.
“And mama cakap lagi, janganlah bazir duit kenapa beli hadiah?” cerita Bella lagi.
“Mama lahirkan Kak Long, jaga, didik, kasi sekolah pun mama sendiri ndak pernah kasitau atau minta duit pun tak kira apapun keadaan/situasi mama.
“Selalu pastikan nak bagi yang terbaik. Pastikan pergi sekolah hari-hari.
“Sekolah pagi, sekolah agama, mengaji, tuisyen malam sampai kak long dapat diploma.
“Alhamdulillah semua atas bantuan sokongan dan dorongan mama Ayah. Kak Long sendiri sebagai anak sulung nampak peng0rbanan mama.
“Mama sangat rajin dan kuat. Sangat. Sekarang Kak Long nak cuba balas sikit-sikit walaupun tak tertanding, Kak Long cuba bahagiakan mama dan ayah selagi Kak Long hidup InshaAllah,” tambahnya yang sudah merancang lebih seminggu untuk majlis hari jadi ibunya itu.
Perkara tersebut dikongsikan Bella menerusi laman instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, ramai mengucapkan selamat hari lahir buat ibu Bella.
Sumber: Instagram @bellaastillah
Leave a Reply Cancel reply