“Izinkan Kami Berundur, Sekarang Tanggungjawab Anda Untuk Jaga Diri Sendiri” – Selamat Berehat Kepada Anggota Polis

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diwartakan pada Isnin lalu telah membuatkan semua sekatan jalan raya ditarik balik bermula semalam.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Fikri Husaini telah mencvri tumpuan wargamaya apabila memohon diri untuk berehat.

“Izinkan kami mengundur diri. Tak bererti kami mengalah. Sekarang tanggungjawab anda untuk jaga diri anda,” tulis Fikri menerusi satu kicauan.

Pemuda yang berkhidmat di negeri Jelapang Padi itu turut memuat naik sekeping foto ketika melakukan sekatan jalan raya.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya memberikan ucapan penghargaan kepada Fikri dan seluruh pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atas jasa dan bakti mereka pada negara.

Malah, ramai yang mahu Fikri menikmati rehat dengan sepuasnya setelah berjuang sebagai barisan hadapan bagi memastikan rantaian COVID-19 terputus.

“Terima kasih atas jasa dan perkhidmatan semua anggota terlibat. Tapi sen jata tu boleh pinjam tak? Nak pakai utk ketuk kepala orang yang tak ikut penjarakkan sosial,” ujar pembaca berita Raymond Goh.

“Bertenang, jika ku diseru, pasti datang, sang saka biru, kami akan menang! Salute kepada PDRM sentiasa bersedia tak kira hujan panas di mana PKP. Semoga berjaya,” tulis seorang wargamaya.

“Terima kasih di atas khidmat anda. Saya amat menghargai. Sila jaga diri. selamat berpuasa,” kata seorang wargamaya.

“Terima kasih frontliners. Anda memang bergadai nya wa untuk jaga kami semua. Tapi ada juga rakyat yang de gil. Sekarang dah PKPB, lantak depa lah. Salute pada semua,” komen seorang wargamaya.

“Aku cukup suka hangpa Polis dan Askar masa jaga PKP haritu. Rasa selamat,” ujar seorang wargamaya.

Malah, Fikri sempat membalas kicauan wargamaya dengan ucapan terima kasih serta meminta semua terus mematuhi PKPB sehingga kita berjaya.

Kepada Fikri dan semua anggota PDRM, anda memang hero dan selamat berehat!

Kami di Gempak sentiasa mendoakan kesejahteraan frontliner dan individu yang bertugas ketika penu laran wa bak COVID-19.
 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*