Sekumpulan juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines mencuri tumpuan wargamaya apabila melakukan video sen sasi internet, #DontRushChallenge.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna yang merupakan kru Malaysia Airlines berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.
“Kru penerbangan MH Dont Rush Challenge,” tulis pengguna tersebut.
MH Flight Crew dont rush challenge
#MalaysianHospitality #WeAreAviation pic.twitter.com/94WWkRexJo — Lene. (@nenedelre) May 5, 2020
Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, 11 orang juruterbang yang tampan dan jelita bergabung membuat aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kemudian bertukar kepada pakaian seragam masing-masing lengkap dengan topi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dan teruja melihat aksi humor juruterbang-juruterbang tersebut.
“Dulu aku fikir ramai pilot hensem, rupanya ramai pilot yang lawa,” tulis seorang wargamaya.
“Terus aku bercakap dalam hati “kalau dulu masa sekolah belajar betul-betul, mesti boleh jadi pilot and kaya macam diorang ni”. Tapi itulah, rezeki semua ketetapan Allah kan?” luah seorang wargamaya.
“Ya Allah sukanya perempuan dalam video ni, rasa macam bangga,” kata seorang wargamaya.
“Ni baru high level punya dontrushchallenge. Rasa kagum tengok!” puji seorang wargamaya.
“Baca komen ramai nak jadi pilot, korang tau tak kos dia ratus ribu? Haha tak kaya jangan la berangan,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan dan 20,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply