Kaedah yang digunakan Malaysia untuk menangani wa bak COVID-19 turut diamalkan di Taiwan, Korea Selatan serta Vietnam dan apa yang pasti negara-negara terbabit telah berjaya menangani penu laran vi rus berkenaan.
Memetik laporan Astro AWANI, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga negara itu juga berjaya kerana kepatuhan rakyatnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa masing-masing.
“Memang kaedah ini diamalkan di Taiwan, Korea Selatan dan mereka berjaya dan sekarang ini Vietnam juga melaksanakan kaedah-kaedah PKPB dan bukan PKP. Kenapa mereka berjaya? Kalau kita kaji kenapa mereka berjaya tanpa halangan ekonomi contohnya di Taiwan.
“Mungkin mereka telah melalui pepe rangan. Jadi mereka memastikan kepatuhan kepada SOP untuk mereka hidup. Kalau konsep ini dipraktikkan di Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam jadi kita harap rakyat kita patuh dan ada disiplin sosial yang tinggi dan mungkin kita akan berjaya,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Rabu.
Malah, beliau menyatakan COVID-19 di Malaysia ketika ini terkawal di sebalik jumlah kes harian yang dilaporkan.
“Kita sudah kurangkan kes kepada dua angka. Dalam modelling kita, kita tertinggal seminggu. Jadi kita ada seminggu lagi. Modelling kita sepatutnya 5 Mei, tetapi kita anjakkan ke 12 Mei untuk kita capai sama ada dua atau satu angka.
Leave a Reply Cancel reply