Penyanyi Wany Hasrita memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.
Bahkan, Wany, 28, turut memberi bayangan dia akan kekal bersatus bujang sehingga Ramadan tahun depan.
“Tidak (Ramadan terakhir solo). Saya perlu dulukan mana-mana yang perlu didahulukan. Tahun ni tak ada perancangan apa-apa, Fokus kerjaya sahaja.
“Bukan tahun ini dan Ramadan tahun depan pun bukan,” katanya ketika program #ArtisDudukDiam secara live di Intagram Astro Gempak.
Wany berkata demikian ketika ditanya sama ada kemungkinan Ramadan kali ini merupakan Ramadan terakhirnya memegang status bujang.
Dalam pada itu, kata Wany lagi, dia hanya akan berkongsi hal mengenai teman istimewa kepada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.
“Saya belajar daripada pengalaman lalu, kalau tak ada suatu yang pasti, sebenarnya kalau boleh janganlah kongsi, bila-bila je benda boleh berubah.
“Lebih baik tak payah upload atau nak menguar-uarkan. Kalau dah ada kadnya, dah ada tarikhnya, Insya-Allah saya beritahu nanti,” kata pelantun lagu Canggung itu.
Terdahulu, Wany dalam satu temu bual pernah mengakui bahawa dirinya kini sedang berkenalan rapat dengan seseorang yang masih lagi menjadi rahsia.
Sumber: Gempak, Ig
Leave a Reply Cancel reply