Kebocoran Lapizan Ozon Kembali Tertutup, Bumi Kian Pulih

Sudah hampir empat bulan berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sehingga kini mengakibatkan lebih 170,000 kema tian di seluruh dunia di mana kebanyakan negara mengenakan sekatan pergerakan untuk menghentikan penu laran vi rus itu, lapor Awani.

Tanpa kita sedari, sekatan pergerakan juga bermakna kebanyakan aktiviti biasa seperti perkilangan dan pengangkutan berkurangan dengan mendadak secara tiba-tiba hampir di seluruh dunia, sekali gus memberi kesan baik kepada bumi!

Ya, disebabkan itu tanda pagar #NatureIsHealing menjadi bahan bualan orang ramai ketika ini.

Alam semula jadi kian pulih berikutan pelbagai aktiviti manusia yang membawa kepada berlakunya pencemaran air, udara dan tanah sebelum ini, dihentikan seketika.

Terkini, walaupun mungkin tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan penurunan aktiviti manusia, berita kebocoran atau lubang besar lapisan ozon di kawasan Artik yang telah kembali tertutup memberi harapan baharu kepada alam semula jadi.

Lubang atau kebocoran itu pertama kali dikenal pasti oleh saintis pada bulan Mac tahun ini yang mana ia berpunca daripada keadaan atmosfera yang luar biasa.

Maklumat itu disahkan oleh Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) dan Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus (CAMS) Pusat Ramalan Cuaca Eropah (ECMWF) baru-baru ini.

Saintis memaklumkan bahawa penutupan lubang itu tiada kena mengena dengan penurunan tahap pencemaran disebabkan pengurangan aktiviti perindustrian daripada manusia.

Sebaliknya ia disebabkan pusaran kutub (polar vortex) dan nilai altitud yang tinggi yang menjadikan berlakunya penutupan lubang tersebut.

Untuk pengetahuan, fungsi lapisan ozon adalah untuk melindungi manusia daripada sinar ultraviolet (UV) matahari yang boleh menyebabkan kan ser kulit.

Pada tahun 1970-an, para saintis mendapati bahawa lapisan ozon semakin menipis disebabkan oleh aktiviti manusia, sehingga memberi anca man terhadap kehidupan di muka bumi.

 

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*