Salah satu babak dalam drama Bukan Gadis Biasa (TV3) menarik perhatian penonton apabila pelakon utama Remy Ishak mengaminkan niat puasa yang dibaca oleh watak Bun lakonan Idzham Ismail.
Menjawab mengenai adegan spontan dalam babak tersebut, Idzham berkata dia baru menyedari kesi lapan yang berlaku selepas ia disiarkan pada Selasa.
“Terkejut saya apabila terima banyak notification di Twitter dan apabila saya semak ramai bercakap mengenai babak di meja makan itu dan baru saya sedar rupanya saya baca niat puasa dengan kuat sepatutnya baca doa makan.
“Remy aminkan niat puasa tu pun saya tak perasan sebab bila di set kami semua seronok dengan watak masing-masing, jadi tak perasan tentang situasi itu.
“Memandangkan watak saya itu lelaki yang kelam-kabut, jadi saya terikut-ikut dengan watak berkenaan,” katanya kepada mStar.
Babak ketika bersahur jadi perbualan hangat netizen.
Rata-rata penonton mempersoalkan niat puasa tersebut dan menganggap babak itu lucu kerana Idzham membacakan niat puasa dalam nada kuat seperti membaca doa makan.
“Niat puasa ke tu… memang dia suruh baca niat puasa ke? Remy pun dengan yakin mengaminkan doa ‘niat puasa’.
“Dia makan sahurkan? Betul la tu dia niat puasa tapi sepatutnya baca doa makan dulu baru niat puasa, baru nampak cerdik sikit.
“Niat dalam hati masing-masing la. Motif niat untuk orang lain aminkan. Kelakar pula,” komen penonton di laman sosial.
Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.
Dalam pada itu, Idzham memohon maaf kepada penonton jika babak tersebut mengundang rasa kurang senang mana-mana pihak.
“Saya mohon maaf jika ada salah silap dan berharap penonton semua terhibur dengan watak Bun sebab lepas ni banyak lagi telatah dia bila bersama Rayyan.
“Apa-apa pun babak niat puasa itu memang tak disengajakan kerana terikut-ikut watak Bun. Kalau real life memang tak pernah saya baca kuat melainkan nak ajar anak niat puasa.
“Saya dah semak hvkum, Alhamdulillah tak salah baca dengan kuat niat tersebut, sama juga dengan bacaan doa dalam hati… cuma lebih afdal niat dibaca dalam hati,” ujarnya.
Selain Remy dan Idzham, drama Bukan Gadis Biasa juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Ayda Jebat, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.
Drama ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan ini bermula 23 April lalu.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply