Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim teruja apabila bakal mengacarakan sebuah program memasaknya tersendiri yang berjudul Pung Pang Rizalman.
Perkara tersebut dikongsikan Rizalman menerusi laman instagram miliknya dimana dia berkongsi montaj program masakannya untuk tontonan umum.
“Seumur hidup aku tak pernah sangka akan ada rancangan masak aku sendiri wei,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.
Antara selebriti yang bakal memasak bersama Rizalman adalah Alif Satar, Neelofa, Michael Ang, Datuk AC Mizal, Sherry Alhadad dan ramai lagi.
Perkongsiannya itu telah mencvri perhatian pengikutnya dimana rata-rata pengikut cukup teruja dan tidak sabar untuk menonton program yang akan bermula pada hari ini.
Sumber: Ig @rizalman71
Leave a Reply Cancel reply