Pelakon Yatt Hamzah telah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruvideo, Mohammad Zulfadhli pada Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfaa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, berusia empat bulan.
Yatt turut mempunyai seorang anak lagi, Suci Hanania Malika, 10, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Syukor.
Terbaharu, Yatt berkongsi pengalaman mengejutkan apabila melihat anak perempuannya, Medina berada dalam keadaan seperti berlumvran dengan d4rah ketika masuk ke dapur.
Begitupun, menurut Yatt, anak perempuannya itu sebenarnya berlumvran dengan bahan pewarna merah yang mungkin disangkakan sebagai air sirap.
“Bonda pergi tengok adik dia, baby Hawa sekejap je tak sampai dua minit, masuk-masuk dapur tengok Medina sedang gogok pewarna merah nak buat kuih!
“Habis satu badan, baju dia, lantai rumah Bonda merah. Dah macam cr1me scene Ya Allah anak…
“Kan dah kata anak-anak bonda 1asak yang amat. Dah macam dracula lepas h1sap d4rah orang pun ada, nangis Bonda tengok!,” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
“Bila tanya kenapa minum pewarna tu, terus Medina menangis tak nak beritahu. Mungkin dia ingat tu air sirap sedap kot. Hausnya macam orang puasa gogok satu shot je.
“Bonda nak mar4h pun ada, nak gelak pun ya. Geli hati tengok gelagat ragam anak-anak yang macam-macam ni. Menguji kesabaran betul bulan Ramadan ni. Tak pasal-pasal kena sental baju dia dan lantai,” luahnya.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya.
Sumber: Gempak, Ig @yatthamzah_suci
Leave a Reply Cancel reply