Sarah Suhairi Kongsi 5 Perkara Mengenainya Yang Orang Tidak Tahu

Pelakon Sarah Suhairi berkongsi lima perkara yang orang tidak tahu tentangnya eksklusif di program reality The House musim kelima (The House 5) episod 2.

Dalam The House 5 yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 itu, penonton turut menyaksikan Sarah bersama dua rakannya yang lain iaitu Sissy Iman dan Wani Kayrie yang ditempatkan di dalam sebuah rumah.

“Sebenarnya ramai juga tak tahu banyak perkara tentang saya dan hanya orang yang terdekat sahaja mengetahuinya.

“Pertama saya bukan seorang yang memilih makanan. Apa sahaja makanan pedas ke manis saya makan.

“Kedua, saya hanya suka kasut sneakers berbanding kasut tumit tinggi kerana ia lebih selesa.

“Ketiga ramai mungkin dah tahu saya ni ada perangai sewel sedikit.

“Bukan sahaja sewel tetapi yang keempat saya seorang yang sangat nakal terutama ketika di sekolah dahulu.

“Akhir sekali saya suka kuda dan saya sudah menunggang kuda sejak umur 14 tahun lagi,” katanya.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*