COVID-19 Di Malaysia Bakal Berakhir Awal Mei? Lihat Kajian Dikeluarkan Oleh SUTD Ini!

Penu1aran wab4k COVID-19 boleh diibaratkan sebagai mimpi nger1 buat kita semua khususnya di Malaysia.

Pastinya orang ramai menantikan supaya wab4k ini dihapuskan sekali gus menamatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia, satu kajian dilakukan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penu1aran wab4k COVID-19 di Malaysia akan berakhir pada 6 Mei ini.

Menerusi laporan Astro Awani, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab ipada Jumaat lalu itu adalah hasil penilaian dengan menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penya kit pandemik ini dengan penggunaan kalkulator grafik untuk memplotkan graf.

Sebelum ini model yang sama pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penya kit seperti wab4k Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih sepenuhnya 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini, peratusan jang kitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Vi rus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali  pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Daripada graf tersebut, jang kitan COVID-19 di Qatar pula dijangka berakhir pada 26 Jun iaitu antara yang terlambat daripada 28 buah negara itu.

 

Gambar: Din Merican

Sumber: Astro Awani via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*