Jika tahun lalu, kolaborasi Alif Satar bersama kumpulan nasyid legenda Raihan mencetuskan fen0mena menerusi lagu Sesungguhnya 2019.
Namun, tahun ini mereka sekali lagi bergabung untuk sebuah lagu berjudul Damba CintaMu.
Malah, video muzik lagu berkenaan telah pun dimuat naik tengah malam semalam di YouTube Alif Satar.
Menerusi saluran YouTube tersebut, Alif turut menjelaskan lagu tersebut merupakan lagu yang selalu didengarnya semasa kecil.
“Saya juga selalu berharap satu hari nanti berpeluang menyanyi lagu ini dengan Raihan.
“Alhamdulillah Allah temukan kami selepas sedekad lebih. Lagu ini memberi makna yang cukup mendalam buat saya,” katanya.
Selain itu juga, apa yang menarik tentang muzik video Damba CintaMu ini adalah ia turut menampilkan pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply