“Dia Bukan Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun Atau Iban. Dia…” – Ucapan Lee Chong Wei Buat Dr. Hisham Menyentuh Hati

Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan selamat hari lahir kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dan rata-rata juga masih memperkatakan tentang satu hadiah yang diminta oleh Dr. Noor Hisham iaitu supaya rakyat Malaysia kekal duduk di rumah.

Wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga tidak terkecuali untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada wira pervbatan negara ini.

Lee Chong Wei telah menulis ucapan yang istimewa buat Dr. Hisham yang dimuat naik di laman instagram miliknya.

“Pada masa sekarang di mana rakyat dalam keadaan geli sah dan ri sau, kelihatan wajah seorang wira di kaca TV setiap pukul 5 petang amat mengamankan.


Dia bukan Melayu, dia bukan Cina, dia bukan India, bukan Kadazan Dusun bukan Iban. Dia bangsa Malaysia. Dia wira Malaysia. Dialah commander-in-chief kita dalam pe rang la wan vi rus. Dialah Dr @noor_hisham_abdullah,” tulis Lee Chong Wei.

Datuk Lee Chong Wei turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Datuk Seri Dr. Noor Hisham dan memberitahu bahawa seluruh rakyat Malaysia sayangkan Dr. Hisham dan akan mematuhi arahannya.

“Nanti I suruh peminat badminton dari 500 negara untuk ucapkan selamat hari lahri, Dr.” seloroh Lee Chong Wei.

 

 

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengikut instagramnya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @Datuk Wira Lee Chong Wei

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*