“Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Ustaz Ebit Liew” – PU Azman

Kemelvt’ yang melanda ketika Ustaz Ebit Liew membantu keluarga di Kedah dengan campur tangan netizen mendapat perhatian ramai netizen dan para ilmuan.

Ada pihak yang cuba memperkecil-kecilkan usaha Ustaz Ebit Liew dan tidak kurang juga yang memandang ser0ng.

Namun ramai ilmuan yang memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang Ustaz Ebit Liew, seorang mualaf yang berusaha membantu tak kira siapa demi agama Islam.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, PU Azman turut mendoakan semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew untuk meneruskan usahanya.

“Moga Allah beri kekuatan kepada Ustaz Ebit Liew.

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali.

“Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.

“Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.

Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu d0sa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).

Tambah PU Azman, Allah mengendalikan hati seseorang dan pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.

“Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.

“Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai,” tulis PU Azman.

Tambahnya lagi, dalam hal ini Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.

 

 

Perkongsian PU Azman telah mendapat pelbagai komen daripada pengikutnya instagramnya.

 

Sumber: Gempak, Ig @puazmanofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*