“Alhamdulillah…” – 500 Face Shield Aishah Sudah Untuk Diedarkan

Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih mesra dipanggil Aishah menggunakan masa yang ada untuk menghasilkan face shield kepada petugas barisan hadapan.

Juara Gegar Vaganza musim keempat itu sememangnya kreatif dan sebelum ini selalu mengikuti kelas kraf untuk menambah ilmu.

Kali ini, dia mempergunakan masa dan wang sendiri untuk menyiapkan face shield pula dan penghasilan pertamanya sudah diguna pakai.

“Masyaallah besarnya hati (berbunga-bunga lagi) bila melihat orang memakai face shields buatan kita.

“Walaupun ini batch paling awal tanpa sticker tajuk lagu tapi menggunakan hologram sticker.Terima kasih @idealhealthcentre sudi memakai face shield kami,” tulis Aishah.

Menurut Aishah masih banyak kekurangan pada keluaran awalnya namun dia berjanji akan terus memperhalusi pembuatannya.

“walaupun banyak kekurangan first batch ni, mohon maaf sangat. Insyaallah akan diperhalusi pembuatannya.

“Hari ni rasa pi tam menenung benda alah tu. Alhamdulillah secara keseluruhannya sudah siap  500 keping. First shipment ni Insya-Allah akan ke Klinik Kesihatan Seremban, Senawang dan Rembau,” tulis Aishah lagi.

Tambah Aishah, dia akan terus membuat face shield dan akan menghantar ke Perak pula kerana ada permintaan di sana.

“Doakan saya sihat ye supaya dapat teruskan khidmat saya yang tak seberapa ni untuk menyokong frontliners kita.

“Doakan kita cepat-cepat dapat menangani wa bak ini. Dah rindu nak nyanyi Pulanglah ni. Stay safe, stay healthy, stay positive, STAY HOME!” pesan Aishah.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig @aishahjmm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*