“Dak wah Bukan Sekadar Bercakap, Tapi…” – PU Amin Tegur Sikap Segelintir Suka Tvduh Riy4k

Sejak kebelakangan ini, ramai para ilmuan berkongsi tentang ikhlas dan menunjuk-nunjuk, berbuat baik dan ri4k di media sosial masing-masing apabila Ustaz Ebit Liew dise rang segelintir netizen dengan kata-kata yang tidak baik.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian PU Amin apabila dia berkongsi apa sebenarnya ri4k itu di laman instagram miliknya.

PU Amin memberitahu bahawa ikhlas atau ri4k itu adalah antara kita secara peribadi dengan Tuhan.

“Ikhlas atau riy4k adalah rahsia antara insan dengan Tuhan. Bab hati penuh keajaiban.

“Kita perlu bersyukur apabila ada insan yang sudi meng0rbankan jiwa dan harta untuk memberi bantuan dan manfaat pada manusia lain. Dak wah bukan sekadar bercakap, tapi buat apa yang kita cakap,” tertulis pada entri tersebut.


Tambah PU Amin, kita harus mengajar hati dan jiwa kita untuk bersangka baik supaya hidup akan sentiasa tenang dan bahagia.

“Jadikan penglihatan kita seperti mata lebah, mencari madu dan penawar walau di tempat sampah.

“Bukan seperti mata lalat yang suka melihat kotoran walau di mana dia berada,” tulis PU Amin sebagai perumpamaan.

Perkongsian PU Amin itu telah medapat pelabagai reaksi daripada pengikut instagramnya. Rata-rata mereka bersetuju dengan penjelasan PU Amin.

 

 

Sumber: Ig @pencetusummah_amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*