Penurunan kes positif Covid-19 yang konsisten dalam tempoh seminggu kebelakangan ini telah memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pemulihan wa bak itu di negara ini semakin memberangsangkan.
Perkembangan ini jelas menunjukkan petugas barisan hadapan kesihatan dan penguat kuasa telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang.
Namun matlamat itu tidak akan dicapai sepenuhnya sekiranya rakyat masih lagi mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 36 kes positif Covid-19 dikesan, dan tiada rekod kema tian baharu dicatatkan, yang merupakan satu kejayaan besar buat petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam perjuangan mereka mengesan dan merawat pe sakit Covid-19.
Penurunan jumlah kes harian itu juga adalah hasil tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutamanya dalam tempoh beberapa minggu lepas, iaitu hasil kerjasama penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pelbagai agensi lain.
Di sebalik berita gembira itu, Dr Noor Hisham mengingatkan tidak mustahil kes baharu boleh meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang terutamanya apabila pengesanan kes masih giat dijalankan ke atas rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, serta kemunculan kes di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menjangkakan seluruh dunia terpaksa meme rangi Covid-19 sehingga tahun depan.
Bermakna masih ada kira-kira lapan bulan sehingga negara benar-benar bebas daripada ceng kaman pandemik mavt ini.
Selagi tiada vaksin untuk merawat Covid-19, orang ramai perlu mementingkan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan, selain mengamalkan kebiasaan baharu.
Sekiranya mahu melihat Covid-19 kekal konsisten terkawal, dan mahu PKP ditamatkan dengan segera, maka duduk rumah diam-diam, patuhi arahan PKP sepanjang krisis ini. –
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply