Umat Islam bakal bertemu bulan Ramadan tidak lama lagi . Tarikh 1 Ramadan jatuh pada hari Sabtu, 23 Mei ini.
Bersempena dengan itu, pelakon Yatt Hamzah mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa tips persediaan sebelum menjelang bulan yang penuh mulia itu.
Perkara tersbut dikongsi Yatt menerusi laman instagram miliknya semalam.
“Peluang nak buat jutaan pahala dah tiba, mari kita rebut peluang ini!.
“Nah Bonda bagi checklist sebelum Ramadan,” tulis Yatt sebagai kapsyen.
Antara aspek penting yang dikongsi Yatt adalah kesihatan, kepentingan menyemak hvkum hakam, amalan sunat, berlatih bangun malam dan banyak lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Yatt, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih atas perkongsian berguna itu.
Sumber: Ig @yatthamzah_suci
Leave a Reply Cancel reply