Tidak dapat dinafikan, penggunaan teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha menangani wab4k Covid-19.
China, misalnya mengaplikasikan penggunaan teknologi IR 4.0 sama ada dalam peralatan pervbatan mahupun langkah penguatkuasaan bagi pemantauan pergerakan v1rus yang mula dikesan di Wuhan, Wilayah Hubei sehingga mereka berjaya membendung wab4k berkenaan daripada terus merebak.
Korea Selatan dan Singapura pula, menggunakan Internet Kebendaan, iaitu salah satu komponen penting IR 4.0, untuk membangunkan aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan bagi menjalankan ujian awal terhadap pembawa vi rus wa bak Covid-19.
Malaysia pula, secara aktif berusaha menggunakan teknologi berkaitan IR 4.0 dalam menangani wa bak yang kini telah menjang kiti lebih dua juta manusia dan menyebabkan lebih 130,000 kema tian di seluruh dunia.
Tingkat penggunaan teknologi IR 4.0
Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Sawal Hamid Md. Ali berkata UKM dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan syarikat Innosens Technology (M) Sdn. Bhd, sedang membangunkan aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan untuk melakukan saringan awal secara kendiri.
Bagaimanapun, katanya inisiatif berkenaan masih dalam fasa ujian dan perlu kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.
Menurut beliau, aplikasi yang sedang dibangunkan UKM itu dapat membantu memantau, mengesan pergerakan individu yang berisiko tinggi supaya intervensi dan pencegahan awal yang pantas serta berkesan dapat dilaksanakan.
“Aplikasi seperti ini amat berkesan di sesetengah negara yang menggunakannya dalam menangani penu laran wa bak Covid-19,” katanya menambah ketika wa bak Covid-19 menjadi kri sis global, Malaysia bernasib baik kerana telah terlibat dalam usaha memacu penggunaan IR 4.0 dan fenomena ini secara tidak langsung menjadikan Malaysia lebih berdaya maju dalam teknologi digital dan inovasi.
Jujuran genetik vi rus Covid-19
Menurut Sawal Hamid, secara umumnya, usaha menangani vi rus Covid-19 boleh dibahagikan kepada dua iaitu mengekang penyebaran vi rus dan melwan penya kit dengan vaksin dan rawatan.
Setelah vi rus Covid-19 dikesan di Wuhan pada Disember 2019, perkara pertama yang dilakukan saintis ialah mengkaji jujukan genetik vi rus berkenaan bagi memahami pnya kit Covid-19.
Walaupun masih belum ada vaksin yang boleh digunakan untuk mela wan wa bak ini, namun usaha sedang giat dijalankan bagi mencari penawarnya.
Dengan perkembangan teknologi IR 4.0, kod genetik bagi vi rus Covid-19 dapat dinyahkod dalam masa yang singkat menjelang awal Januari 2020, iaitu hanya beberapa minggu selepas kes infeksi vi rus ini dikesan, katanya.
Perkembangan teknologi berasaskan IR4.0 juga membawa kepada pembangunan penjujuk DNA mudah alih untuk melakukan jujukan genom dengan lebih pantas.
“Keupayaan membuat jujukan kod genetik vi rus ini dalam masa yang singkat juga membolehkan penye lidik membuat salinan sintetik vi rus ini untuk dikaji terutamanya dalam menghasilkan kit ujian, mencari rawatan dan penghasilan vaksin,” katanya kepada Bernama.
Jelas beliau, pelbagai maklumat penting mengenai vi rus Covid-19 diperoleh daripada jujukan genom antaranya evolusi vi rus, sumber sesuatu infeksi dan sepantas mana vi rus berkenaan melakukan mutasi.
Sebagai contoh, katanya, vi rus influenza yang sering melanda masyarakat dunia adalah vi rus yang sentiasa bermutasi dan akibatnya, vaksin bagi influenza perlu sentiasa dihasilkan untuk mela wan strain vi rus yang berbeza.
Bagi kes vi rus Covid-19, data awal menunjukkan vi rus ini tidak bermutasi dengan pantas sebagaimana vi rus penyebab influenza.
“Ini mencadangkan bahawa kemungkinan hanya satu vaksin yang diperlukan berbanding vaksin yang sentiasa perlu dikemas kini (bagi merawat Covid-19),” kata Sawal Hamid.
Menurut beliau, Malaysia turut terlibat dalam usaha mengkaji dan menyahkod jujukan genom koronavi rus ini.
Institut Genom Malaysia, katanya turut membuat jujukan genom dari beberapa sampel kes positif di Malaysia dan data penyelidikan jujukan genomitu disalurkan ke pangkalan data di Amerika Syarikat untuk tujuan penghasilan vaksin.
Guna kecerdasan
Selain teknologi IR 4.0, kecerdasan buatan (AI) turut memainkan peranan penting dalam memahami dan mempelajari struktur protein vi rus Covid-19 untuk menghasilkan u bat dan rawatan, kata Sawal Hamid yang pernah dilantik sebagai saintis tamu di makmal multidisiplin di Pusat Antarabangsa bagi Ilmu Fizik Teori (ICTP) di Triste, Itali.
“Perkembangan aplikasi IR 4.0 membantu dalam usaha-usaha seperti mengenal pasti kod genetik, mencari maklumat daripada vi rus dan penghasilan vaksin serta u bat dalam menangani wa bak Covid-19 ini,” katanya.
Selain itu, katanya, perkembangan dan kemajuan dalam alat percetakan 3D memberi keupayaan untuk negara menghasilkan produk yang lebih berkualiti, tahan lasak dan pantas antaranya, perisai wajah, terowong nyah kuman dan kotak intubasi.
“Seluruh komuniti yang terlibat dalam percetakan 3D menggembleng tenaga menghasilkan alat, perkakasan dan peralatan perlindungan peribadi yang boleh digunakan untuk menangani wa bak Covid-19,”.
“Kelengkapan banyak dapat dihasilkan dengan adanya kerjasama pelbagai komuniti masyarakat, syarikat percetakan 3D, universiti, institut penyelidikan dan institusi awam serta swasta bagi membantu pekerja barisan hadapan dalam meme rangi wa bak Covid-19,” katanya.
Mudahkan kerja di rumah
Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 28 April depan, IR 4.0 juga terrbukti membantu rakyat Malaysia bekerja dari rumah dengan lebih efisien.
Penggunaan teknologi seperti sidang video, persidangan video secara kerjasama dan urusan mesyuarat yang dilaksanakan secara dalam talian bergantung kepada teknologi komunikasi dan teknologi pengkomputeran awan yang menjadi sebahagian daripada teknologi IR 4.0.
Kesan secara langsung, penggunaan teknologi seperti ini bakal menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan ia menjadi salah satu kaedah pekerjaan (dari rumah) yang popular pada masa akan datang, katanya.
Selain itu, IR 4.0 sering dikaitkan dengan istilah disruptive technology iaitu teknologi yang mengganggu dan menggubah model konvensional yang memperlihatkan perubahan dalam operasi perniagaan, industri dan kehendak pengguna.
“Contoh disruptive technology ialah model baharu dalam penghantaran barang seperti penggunaan perkhidmatan FoodPanda, GrabFood dan pelbagai perkhidmatan lain yang boleh diakses secara dalam talian,” katannya.
Tambah beliau, sejak penguatkuasaan PKP, disruptive technology telah memberi impak yang besar kepada masyarakat memandangkan semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Pengguna melakukan bayaran secara elektronik atau e-wallet bagi memesan makanan, barangan dapur dan keperluan lain yang sampai dengan selamat di depan pintu rumah mereka, sekali gus dapat mengurangkan risik0 dijangkiti.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply