“Puteri Akan Ingat Kita Selalu Kongsi Makan, Cerita Keluarga…” – Puteri Aishah Rindu & Doakan Mereka Di Wad 6D

Sebelum ini, pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif Covid- 19 selepas dia pulang daripada penggambaran di luar negara. Namun begitu, Puteri Aishah kini disahkan sudah sembuh daripada wabak Covid- 19.

Terbaharu, Puteri meluahkan rasa rindu saat-saat ketika dia berada di Wad 6D. Puteri teringat kenangan bersama pesak1t-pesak1t lain, doktor-doktor yang merawat serta jururawat-jururawat yang banyak membantu meninggalkan kesan di hati Puteri Aishah.

Perkara tersebut dikongsikan Puteri Aishah di laman instagram miliknya di man dia telah memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Wad 6D.

“Puteri dah rindukan mereka semua. Terima kasih kerana jadi kawan Puteri masa dalam wad, Kak Pakia, Kak Grace dan Kak Shima.

“Terutamanya Kak Pakia kerana selalu ada ketika Puteri down dan sed1h. Dia selalu pesan jangan lupakan dia. Puteri tak akan lupakan,” tulis Puteri Aishah pada entri tersebut.


Tambah Puteri Aishah, dia sentiasa akan mengingati saat-saat mereka berkongsi makanan, bercerita tentang keluarga masing-masing, suka dan duka, termasuklah mengajar Kak Pakia mengenakan solekan.

“Terima kasih juga buat para doktor dan jururawat-jururawat yang baik dengan Puteri serta kawan-kawan di dalam wad.

“Dr. Hannah selalu gembira je bila dengar suara dia rasa macam sihat terus. Nurse kak Zue pun sama, selalu tenangkan Puteri masa Puteri sak1t.

“Dr Omar selalu bagi info dan siap tanyakan kat nurse boleh pakai pengering rambut ke tak. Terima kasih semua. Puteri akan kenangan dan pengalaman ini selamanya,” tulis Puteri Aishah bersama tanda pagar #Wad6D.

 

Perkongsian Puteri itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instagramnya.

 

Sumber: Ig @puteriaishahofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*