Sebelum in, pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail telah disahkan positif Covid-19.
Pada Sabtu 18 April, PU Riz telah disahkan negatif dan keputusan itu membuatnya menangis kerana akhirnya bebas wab4k Covid-19.
Riz dirawat di Hospital Sungai Buloh berkata, perkara itu dimaklumkan jururawat selepas hasil ujian swab kedua yang dibuat semalam diterima pada sebelah petang.
“Syukur pada Allah apabila disahkan sembuh dan boleh pulang. Saya menangis ketika dimaklumkan negatif. Bukan apa, wab4k ini boleh membawa mavt dan ibaratnya ini peluang kedua yang Allah berikan.
“Sepanjang dirawat, jururawat sentiasa memberikan kata-kata semangat dan minta supaya sentiasa berfikiran positif.
“Malah, ada jemaah tabligh pesan, yakin Allah ada dengan kita. Saya berdoa pada Allah semoga terus istiqomah sampai hujung ny4wa,” katanya kepada Harian Metro.
Riz yang disahkan positif wab4k itu pada 6 April lalu berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang merawat dan membantu dirinya.
“Kepada doktor dan jururawat, Allah saja membalas jasa mereka. Mereka banyak bantu saya untuk keperluan. Kalau ikutkan tugas mereka lagi berisik0 tinggi,” katanya.
Menurut Riz, dia akan menjalani proses kuarantin diri selama dua minggu.
“Sekarang saya kena menjalani kuarantin diri selama dua minggu di rumah. Selepas itu saya perlu pergi klinik kesihatan berdekatan untuk mengesahkan sudah menjalani kuarantin selepas bebas dari wab4k ini,” katanya.
Sumber: HM, Ig @hrisbismail
Leave a Reply Cancel reply