Patutlah Dapat Pangkat Dato’, Rupa-rupanya Adi Putra Bukan Orang Biasa, Ada Kaitan Dengan Johor

Baru-baru ini Malaysia mendapat perkhabaran gembira iaitu Datuk Siti Nurhaliza menerima anugerah darjah kebesaran oleh Sultan Pahang, yang membawa gelaran Dato’ Sri kepadanya.

Selain itu, ada juga beberapa orang selebriti Malaysia yang mendapat darjah kebesaran antaranya adalah Eizlan Yusof, Adi Putra, dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri.

Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP).

Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

 

Disebalik kejayaan artis-artis ini mendapat darjah kebesaran dari Sultan Pahang, ada juga pihak yang mempersoal mengenai jasa yang dilakukan oleh Adi Putra sehingga digelar Dato’.

Pada pandangan mereka, mereka tidak faham apakah jasa pelakon tersebut kepada negara Malaysia sehingga melayakkan dirinya untuk diberi darjah kebesaran.

Kr1tikan itu timbul oleh netizen yang beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.

 

Kr1tikan itu timbul oleh netizen yang beranggapan Adi hanyalah salah seorang warganegara Singapura yang telah menempa nama di Malaysia seperti Aaron Aziz, Hisham Hamid, Aliff Aziz, Aisyah Aziz, Hanna Delisha dan ramai lagi.

Untuk pengetahuan semua, Adi Putra yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Cinta Si Wedding Planner ini bukanlah calang-calang orang. Tuan Haji Mohamed Hadi Putera atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society.

Menjadi penaung semenjak tahun 2015 lagi, pertubuhan ini bergerak sekitar negeri Johor dalam memberi dan membantu mereka yang dalam kekurangan.

Beliau secara senyap aktif dan sering bekerjasama dalam menggerakkan kerja kebajikan sekitar Negeri Johor tanpa mendedahkan atau heboh demi populariti.

Diharap dengan penjelasan ini tidak ada lagi pihak yang mempersoal mengenai darjah kebesaran yang diterima oleh aktor itu. Darjah Indera Mahkota Pahang adalah darjah kebesaran yang diberikan oleh pihak istana dan sudah pasti sebelum memberikan anugerah itu pihak istana menilai terlebih dahulu seseorang itu layak atau tidak mendapat darjah kebesaran tersebut.

Tahniah diucapkan kepada Adi Putra atas jasa dan pengorbanannya dan anda layak dianugerahkan darjah kebesaran itu.

 

 

 

Sumber: Blog Ammar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*