Fasha Sandha Sambut Hari Lahir Anak, Sekali Bekas Suami Pun Ada Buat Ramai Pelik

Pelakon jelita Fasha Sandha telah berkahwin buat kali kedua dengan pelakon Aidil pada 30 Mac 2019.

Sebelum itu, Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Namun, rumah tangga mereka menemui titik noktak pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

Terbaharu, Fasha telah berkongsi video sambutan hari lahir anak sulungnya, Putra Rayfal yang ke-7 di laman Instagram.

Hari istimewa itu diraikan bersama suami, Aidil Aziz dan dua orang anaknya di rumah.

 

Fasha juga ada menulis ucapan istimewa buat Rayfal di ruangan kapsyen.

“Selamat hari lahir sayang #rayfalturns7, we love you so much sayang.

“Apa pun keadaan kita, kita harus bersyukur, yang penting, kita semua hidup dalam kasih sayang,” tulisnya.

Perkongsian Fasha itu mendapat perhatian dari para pengikut. Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir dan ada juga yang memuji sikap Fasha dan Jejai yang masih mengutamakan anak meskipun sudah berpisah kerana Jejai turut kelihatan dalam video itu.

 

 

Sumber: Ig @fashasandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*