Semalam Hari Pertama Dana PKP Siti Nurhaliza Dilancarkan , Ini Jumlah Yang Dah Berjaya Dikumpul

Semalam, melalui Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd, Datuk Seri Siti Nurhaliza menubuhkan pengumpulan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza.

Menurut Siti, sebagai langkah permulaan mereka mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli iaitu sebanyak RM50,000.

Hari ini, dana yang baharu sehari dilancarkan oleh Datuk Siti Nurhaliza itu mendapat respon yang sangat baik daripada orang ramai.

“Alhamdullillah, semalam hari pertama Dana PKP Siti Nurhaliza dilancarkan. Terkini kita sudah mengumpul sebanyak RM16,763.00.

“Ayuh semua kita bersama-sama membantu seikhlasnya & semampunya bagi meringankan beban sesama kita. Inshaa allah, ‘Tidak akan papa bagi orang yang bersedekah’,” tulis Siti pada entri di Instagramnya.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh layari klik danapkpsitinurhaliza

 

 

Sumber: Gempak, Ig @ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*