“Ini Adalah Virvs Baharu…” – KP Kesihatan Akui Mungkin Ada 3 Strain Covid-19 Di Malaysia

Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan terdapat tiga strain Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih terlalu awal untuk mengesahkannya kerana perkara itu perlu terlebih dahulu dikaji oleh pihak berkuasa kesihatan termasuk Institut Penyelidikan Pervbatan (IMR).

Beliau berkata ia adalah vi rus baharu dan tiada sebarang laporan atau data untuk membantu pihak berkuasa dalam penyelidikan mereka.

“Ini adalah vi rus baharu jadi pada asasnya kami tidak mempunyai laporan atau data tentang vi rus ini yang boleh kami rujuk, tidak seperti vi rus lain, yang kami sudah kenal pasti dan ada laporannya.

“Jadi apa yang kami lakukan di IMR adalah mengkaji serologi vi rus ini, isolasinya dan juga mengkaji genomiknya,” jelasnya pada taklimat harian mengenai Covid-19 di KKM di Putrajaya, Rabu.

Dr Noor Hisham berkata kes positif Covid-19 yang terdapat di Malaysia mungkin strain C.

“Perlu ingat, dalam gelombang pertama penya kit ini di negara ini, sebanyak 16 pesa kit adalah dari China, jadi kita tahu ada kebarangkalian kumpulan ini adalah daripada kumpulan Wuhan.

“Sama ada kita menyaksikan strain vi rus yang berbeza, ia bergantung… berikutan mereka (laporan) menyatakan  di China kini mungkin adalah strain B dan mereka menyatakan di Asia adalah strain C dan di Amerika Syarikat dan Eropah adalah strain A, sebagai contoh.

“Tetapi kami tidak tahu sehingga kami jalankan proses kultur vi rus di negara ini dengan sususan genome yang lengkap… jika kami dapat lakukan itu dan tag serta kenal pasti ciri-ciri  vi rus di negara ini sama ada ia jenis A ,B atau C.

“Mungkin ada tiga strain di negara ini tetapi kami tidak tahu sehingga kami lakukan isolasi vi rus itu dan tag  vi rus itu, hanya selepas itu kami boleh buat perbandingan,” jelasnya.

Terdapat laporan bahawa Jenis A kemungkinan besar adalah strain yang menjadi punca kepada wa bak ini, Jenis B terhasil daripada Jenis A, dipisahkan oleh dua mutasi dan Jenis C adalah ‘anak’ Jenis B. -Bernama

 

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*