Hasil Jual Buku, Ibu Puteri Balqis Mampu Sewa Rumah Untuk Tempatkan Gelandangan

Ibu kepada pelakon cilik Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz berkata hasil penjualan buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis, membolehkan dia menyewa satu lagi unit rumah pangsa bagi menempatkan gelandangan.

Katanya itu sahaja cara mereka untuk membalas jasa gelandangan tersebut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Ada enam orang termasuk seorang mualaf. Saya sewakan sementara sebab semua tidak ada tempat. Mereka itu gelandangan yang kami memang kenal. Itu saja cara kami nak balas jasa peminat Aqish (Balqis). Ini pun rasa tak terbalas rasanya,” katanya.

Norashikin turut meluahkan rasa syukur apabila buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis masih terjual sekali gus dapat menampung kehidupan mereka dua beranak sepanjang PKP.

“Tidak sangka buku puisi itu masih mendapat sambutan, ada yang masih membeli. Kami bersyukur buku masih terjual macam biasa.

“Seperti biasa, saya akan hantarkan kecuali jika ia membabitkan kawasan zon merah COVID-19.

“Sekarang pun Balqis sedang menyiapkan buku puisi versi bahasa Melayu pula. Doakan semoga usaha ini permudahkan,” katanya.

Ditanya mengenai keperluan harian, Norashikin berkata, dia mengamalkan sikap berjimat cermat.

“Syukur, semua cukup. Makan apa yang ada dan berjimat,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*