MAS Mula Operasi Ke Sabah, Sarawak, Penumpang Dem4m Tak Digalakkan Naik Pesawat

Individu yang de mam ataupun mempunyai gejala lain tidak digalakkan untuk menaiki pesawat bagi mengelakkan penularan jang kitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata demikian sebagai mengulas mengenai langkah pencegahan yang perlu dilaksanakan susulan pengumuman Malaysia Airlines (MAS) untuk menyambung semula operasi penerbangannya ke Sabah dan Sarawak minggu ini.

“Apa yang penting kita kena saring penumpang sebelum mereka naik pesawat dan apabila sampai destinasi sama ada Sarawak atau Sabah, kita pastikan untuk menjalankan saringan.

“Kalau kita jalankan saringan contohnya termal scanner, kita boleh kesan 50 peratus. Itu salah satu cara kita nak kurangkan penu1aran.

“Mereka yang ada de mam dan sebagainya tak digalakkan naik pesawat. Itu antara tindakan yang boleh dilaksanakan di lapangan terbang,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 pada Selasa.

MAS dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan akan menyambung semula operasi penerbangan ke Sabah dan Sarawak dengan kekerapan sekali seminggu, bermula Khamis ini.

Syarikat penerbangan itu sebelum ini dilapor memberhentikan penerbangan ke Sabah dan Sarawak kerana menghadapi kerugian yang akan memberi implikasi lebih buruk jika diteruskan.

MAS turut mencatatkan penurunan mendadak jumlah penumpang antara 10 hingga 15 peratus, susulan penularan Covid-19.

 

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*