Bernikah & Sambut Hari Lahir Masa PKP, Luqman Hafidz Anggap Kesu1itan Buat Dia Lebih Menghargai

Pelakon Luqman  Hafidz baru sahaja melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya, Nurul Atiqah pada 20 Mac lalu.

Memandangkan pernikahan mereka berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya 10 orang termasuk tok kadi dan saksi hadir sewaktu majlis berlangsung.

Luqman dan pasangannya Nurul Atiqah bakal mengadakan majlis persandingan selepas pandemik Covid-19 itu berakhir.

Semalam merupakan sambutan ulang tahun kelahiran Luqman Hafidz yang ke 29 tahun. Sempena dengan ulang tahunnya itu, Luqman telah mengimbau kembali kenangan ketika dia berumur 14 tahun yang dimuat naik dilaman instagram miliknya.

“Sedang cuba posing balik gambar waktu umur 14 tahun di 14 April, waktu tu memang trend rambut helmet steng.

“Syukur untuk tahun penuh cabaran ni, hanya dengan kesu litan, kita akan lebih menghargai sekecil-kecil kebahagiaan,” tulis Luqman.

Tambah Luqman, biarpun berjauhan daripada keluarga dan saudara mara, ulang tahun kelahirannya tetap bermakna.

“Hari Lahir semasa PKP ini, tetap bermakna walaupun jauh dari keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

“Bak kata orang, jauh di mata dekat di hati. Stay safe, stay home. Sama-sama kita jaga kita,” tambah Luqman lagi.

 

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut instgaramnya. Rata-rata mereka mengambil peluang untuk mengucap selamat ulang tahun kelahiran buat Luqman serta mendoakannnya kesejahteraannya.

 

Sumber: Ig @luqmanhafidzx

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*