“Nak Luruh Jantung Dengar Perkataan…” – Nazim Othman Dedah Pengalaman Jalani Ujian Saringan Covid-19

Pelakon Nazim Othman mengambil inisiatif melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat pervbatan bagi memastikan keadaan dirinya betul-betul bebas daripada v1rus tersebut.

Menurut Nazim, 36, dia bertindak sedemikian kerana terlalu bimbangkan keadaan dirinya sehingga tidak boleh tidur malam.

“Saya ini ada anxiety. Bagi orang macam saya yang ada sejarah kena ser4ngan panik, benda-benda macam ini sangat menakvtkan.

“Bila satu tahap ada berita-berita menakvtkan, ia jadi satu keadaan yang tak menyelesakan. Saya tak boleh tidur malam, tutup mata, tapi tak tidur sampai pagi, berhari-hari.

“Jadi, bila tak tidur sistem imunisasi badan akan turun, walhal dalam keadaan sekarang kita kena jaga imunisasi badan. Jadi, atas dasar itu juga saya ambil insiatif buat ujian saringan,” katanya yang berkongsi hal tersebut menerusi satu video yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya.

Nazim yang berkongsi pengalamannya menjalani ujian tersebut mengakui agak terkejut pada mulanya apabila dimaklumkan petugas kesihatan bahawa dia mengalami dem4m.
“Nak luruh jantung dengar perkataan ‘dem4m’ masa buat ujian Covid-19”, katanya.

Begitupun, selepas dua hari menjalani ujian saringan, Nazim berasa lega apabila keputusan ujian tersebut menunjukkan dirinya bebas daripada jang kitan v1rus tersebut.

“Alhamdulillah, saya bebas daripada v1rus itu. Walaupun saya bebas (jangk1tan) sekarang, tetapi saya perlu sentiasa terus berhati-hati, menjaga kebersihan, ambil langkah berjaga-jaga, pakai topeng muka, cuci tangan dan jaga jarak sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Nazim berharap agar orang ramai terus tabah dan kuat dalam menghadapi suasana yang sukar sekarang.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @nazimothman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*