“Kami Bukanlah Wira, Ada Ketika Kami Juga Menangis ” – Pasangan Suami Isteri Frontliners Dedah Realiti Kehidupan Sebenar

Sedang kita selesa berada di rumah menjamu selera, menonton televisyen, melayan kerenah anak-anak, berbeza pula dengan barisan hadapan yang kini sedang bertungkus-lumus berjuang menent4ng Covid-19.

Malah kita pula, ada yang berterusan meluahkan bosan berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Pengalaman berdepan dengan wab4k pandemik Covid-19 ini sebenarnya memberi kesan besar dalam sesebuah keluarga ‘frontliners’.

Anak-anak menunggu

Mohd Aizuddin, 34, berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pervbatan bertugas di Unit Isolasi Jabatan Kecemasan Dan Travma Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Beliau bertanggungjawab membantu pegawai pervbatan membuat saringan dan mengambil sampel Individu Dalam Siasatan (PUI) Covid-19.

Manakala isterinya, Dr Wan Jamilah Wan Ismail, 36, adalah Pegawai Pervbatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, dan bertugas sebagai first responder bagi rawatan awal pengurusan pesak1t Covid-19 termasuk urusan perjalanan petugas kesihatan yang terlibat untuk mengambil pesak1t.

“Yang paling sed1h apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan, anak bongsu berumur lapan bulan merangkak ke arah saya, minta didukung. Begitu juga kalau isteri saya balik, Affan akan buat yang sama. Kami terpaksa ‘melarikan diri’ terlebih dahulu kerana perlu mandi dan memastikan semuanya selamat agar tidak merisik0kan anak-anak.

“Tapi selalunya kami balik (sampai rumah) mereka dah tidur pun… cuma kadang-kadang mereka sengaja tidur lewat semata-mata nak tunggu kami. Paling terasa bila anak yang sulung, Jannah, 8, dan kedua, Aiman, 6, merungut, Abi dengan Umi asyik balik lambat, asyik tak dapat jumpa,” jelasnya kepada Bernama.

Bukan mervngut

Disebabkan tuntutan tugas, anak-anak mereka dijaga anak saudara Dr Wan Jamilah, memandangkan sekolah dan taska ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac sehingga 28 April nanti.

Menurut Mohd Aizuddin, sepanjang ‘musim Covid-19’, anak-anak seakan terabai kerana beliau dan isteri, ada ketikanya perlu bekerja lebih masa.

Meskipun guru sekolah anak pasangan ini ada menyediakan kerja rumah dan latihan untuk dibuat sepanjang PKP, namun kerana kekangan masa dan keletihan, sukar untuk Mohd Aizuddin ‘mencvri masa’ untuk mengajar anak-anak mereka, mahupun melakukan aktiviti lain.

Masa untuk berbual-bual dengan isteri juga agak kurang kerana masing-masing sibuk dengan tugas.

Mohd Aizuddin bukanlah mahu mervngut jauh sekali meraih simpati masyarakat. Namun itulah antara peng0rbanan petugas barisan hadapan atau Frontliners seperti beliau dan isterinya, dalam berjuang membantu masyarakat serta negara menangani kr1sis pandemik Covid19.

Dalam media sosial juga ramai yang berkongsi gambar dan video doktor dan petugas kesihatan yang em0si, menta1 dan fizikal mereka turut terkesan.

Keselamatan

“Apabila sampai di rumah, saya akan menanggalkan pakaian kerja terlebih dahulu di luar rumah sebelum terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri. Saya akan letakkan pakaian kerja di tempat berasingan daripada pakaian kotor yang lain. Biasanya saya terus mencuci sendiri pakaian kerja saya. Saya juga mencuci tangan dengan kerap dan perkara itu saya memang ajar anak-anak saya.

“Memang kami risau, bimbang dan takut. Setiap hari kami berhadapan dengan mereka yang berisik0 (positif Covid-19). Yang paling merisaukan, sekiranya kami membawa ‘pulang’ v1rus ini ke rumah dan menjangk1ti anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

“Namun demi tugas dan amanah, kami reda melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat dan negara. Selebihnya kami hanya berserah kepada Allah SWT,” katanya.

Mohd Aizuddin turut berharap agar rakyat di negara ini dapat bekerjasama dengan mereka yang berada di barisan hadapan.

“Kami bukanlah wira… ada ketikanya kami juga menangis apabila terpaksa meninggalkan orang tersayang. Patuhilah arahan dan saranan kerajaan untuk duduk di rumah, bantulah kami berjuang ‘menent4ng’ wab4k ini.

“Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan mengambil langkah terbaik dalam mengekang penu1aran wab4k, namun usaha ini akan jadi sia-sia tanpa kerjasama semua pihak. Bantulah kami untuk bantu anda semua. Stay at home. Duduklah di rumah. Kita sama-sama berdoa semoga pandemik Covid-19 ini segera berakhir,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*