Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti dilakukan oleh selebriti bagi mengisi masa terluang di rumah.
Bagi pelakon Adam Lee atau nama sebenar Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 26, dia menggunakan peluang ini dengan berpuasa sunat dan mendekatkan diri dengan peminat di laman sosial.
“Sebelum ini agak sibuk dengan kerja dan penggambaran, jadi sekarang ini masa habiskan waktu seharian di rumah dengan berehat dan tidur… itulah aktiviti utama!
“Sepanjang tempoh PKP ini saya mula berpuasa, cuma ada dua hari saja cuti. Memandangkan famili pun berpuasa, jadi saya ikut sekalilah… ini juga masa untuk saya perbaiki diri!
“Sesekali saya akan berkomunikasi bersama pengikut di laman sosial, buat video call dengan kawan-kawan dan workout di rumah… badan pun kena jaga sebab kalau dibiarkan memang senang naik,” katanya kepada mStar
Meskipun penggambaran drama tertangguh kerana PKP, Adam berkata dia akur dengan arahan kerajaan demi kesihatan rakyat Malaysia.
Tambahnya, penu1aran wab4k Covid-19 ini merupakan isu global dan masyarakat harus bersyukur kerana jang kitan di negara kita masih terkawal.
“Walaupun arahan PKP ini sedikit mengganggu perjalanan penggambaran yang sedang berlangsung tapi bagi saya isu kesihatan itu lebih utama untuk semua.
“Kita sepatutnya bersyukur sebab negara kita masih lagi stabil dan terkawal berbanding negara lain… wab4k ini melanda satu dunia dan negara lain pun berdepan benda yang sama.
“Jadi sebagai rakyat Malaysia, kita patuh dan akur dengan arahan kerajaan ini demi keselamatan dan kesihatan semua orang, bukan kita sahaja yang sedang berdepan kesusahan ini,” ujarnya.
Bercakap mengenai lakonannya dalam drama Budak Tebing (TV3) yang baru berakhir Khamis lalu, Adam memberitahu dia tidak menyangka ia menerima sambutan penonton.
“Alhamdulillah ramai yang suka drama itu dan berharap akan ada Budak Tebing 2… kata mereka ada banyak pengajaran yang diterima dalam drama itu.
“Sebagai seorang pelakon saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya. Jadi saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan berterima kasih atas sokongan semua.
“Sampai trending drama ini di laman sosial… mungkin juga sebab ditayangkan pada musim PKP jadi orang lebih banyak menonton televisyen!,” katanya.
Sumber: Mstar, Instagram Adam Lee
Leave a Reply Cancel reply