“Semua Outlet Tidak Beroperasi” – Joe Flizzow Tutup Kedai Gunting Rambut, Lebih Utamakan Keselamatan Pelanggan Dan Pekerja

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan PKP telah dilanjutkan sehingga 28 April depan.

Untuk fasa tiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya projek pembinaan, industri automotif dan industri terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat.

Perkara ini turut mendapat perhatian penyanyi rap terkenal Joe Flizzow kerana Joe juga mempunyai kedai gunting rambut sejak tahun 2014.

Joe telah memilih untuk menutup kedai gunting rambut miliknya, Joe’s Barbershop walaupun kerajaan membenarkan perkhidmatan tersebut beroperasi.

Perkara tersebut dimaklumkan Joe menerusi ruangan Insta akaun instagram miliknya.

Menurut Joe, dia memilih untuk mengutamakan keselamatan pekerja dan juga pelanggannya.

“Semua outlet @joes47500 tidak akan beroperasi dalam tempoh PKP ini walaupun diberikan kelonggaran untuk beroperasi.

“Ini adalah untuk keselamatan pelanggan dan pekerja kami. Terima kasih atas sokongan dan jumpa lagi!” tulisnya.

 

 

 

Sumber: Instagram @flizzow

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*