Gara-Gara TikTok, Ibu 5 Anak Tiba-Tiba Popular

Masih kelihatan cantik biarpun sudah berusia 41 tahun, kini koleksi gambar zaman mudanya tiba-tiba menjadi tu1ar di media sosial.

Begitulah situasi dihadapi Rahayu Razali, ahli perniagaan yang juga ibu kepada lima cahaya mata dari Kota Bharu, Kelantan.

Segalanya bermula apabila video kompilasi foto zaman mudanya dikongsi di aplikasi video popular TikTok sebelum ia ditu1arkan pula di Twitter.

Bercakap kepada mStar, Anessa Mazleen Anuar yang juga anak sulung kepada Rahayu mengakui terkejut apabila ibunya menjadi perhatian ramai netizen.

“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adik-adik saya bosan kat rumah, mereka selongkar album-album gambar lama.

“Mula-mula dikongsi dalam grup WhatsApp keluarga je. Lepas tu adik saya edit dan post di TikTok. Kemudian ada orang share pula di Twitter,” ujar gadis berusia 21 tahun itu.

Mesra disapa Mazleen, dia berkata video itu baru sahaja dihasilkan beberapa hari lalu.

Malah, ia kini merekodkan hampir setengah juta tontonan di TikTok dan lebih 269,000 tontonan di Twitter.

Kata Mazleen lagi, dia bagaimanapun terharu dan berterima kasih apabila ramai yang memperkatakan tentang rupa paras ibunya.

“Saya tak jangka orang akan bagi reaksi macam tu. Ramai je orang lain yang cantik. Mami pun tak ada rutin atau tip pe1ik-pe1ik.

“Dia selalu suruh baca al-Quran, baca surah Yassin. Mami memang dah amalkan dari muda, setiap hari baca Yassin, pagi sebelum subuh baca al-Quran.

“Mami juga pencinta kopi,” kata Mazleen yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Bercerita lanjut mengenai ibunya, wanita itu sudah 11 tahun mengusahakan kedai bakeri dan kini menjalankan perniagaan restoran makanan Thailand di Kota Bharu sejak pertengahan 2019.

Malah, ibunya juga turut menjadi pengasas kepada satu jenama produk kecantikan.

Dedah Mazleen lagi, ibunya mempunyai dar4h kacukan Cina, India dan berkahwin pada usia 18 tahun.

Sementara itu, rata-rata komen di Twitter bukan sahaja memuji kecantikan Rahayu ketika zaman anak dara, malah turut memperkatakan wajah terkininya yang disifatkan cukup awet muda.

“MasyaAllah bidadari yang telah berkahwin dan menjadi ibu.

“Definisi makin berumur makin lawa.

“Gadis zaman dahulu lagi cantik walaupun tanpa sebarang produk kosmetik dan filter kamera.

“Cantiknya ibu kamu,” tulis beberapa netizen.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*