Akademi Pervbatan Malaysia (AMM) menggesa kerajaan supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor AWANI.
Dalam satu kenyataan, AMM berkata, pergerakan dari negeri ke negeri akan meningkat apabila masyarakat pulang ke kampung secara beramai-ramai untuk sambutan perayaan sekali gus membu rukkan lagi penyebaran w4bak COVID-19.
“Apabila ramai yang balik kampung, ia akan memberi risik0 penyebaran v1rus terutamanya kepada orang tua.
“Penjarakkan sosial di hentian serta kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya juga berisik0 untuk gagal,” katanya dalam satu kenyataan.
Memetik kenyataan itu lagi, pihaknya memahami keinginan masyarakat untuk meluangkan masa bersama sanak-saudara sempena hari raya, namun dalam mendepani w4bak ini, penjarakkan sosial perlu terus dilakukan sehinggalah vaksin baharu ditemui.
“Disebabkan pandemik COVID-19, penjarakkan sosial perlu menjadi norma baharu sekurang-kurangnya untuk satu tempoh waktu sehingga keadaan menjadi terkawal.
“Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya perlu ada kawalan, pemantauan atau mungkin har4mkan perhimpunan sama ada perhimpunan Ramadan, Aidilfitri atau Haji,” katanya.
Tambah AMM lagi, penarikan balik PKP atau penguatkuasaan yang terlalu longgar akan mensia-siakan kebaikan yang telah dicapai dalam tempoh empat minggu PKP dilaksanakan.
“Pe rang mel4wan COVID-19 masih jauh lagi, banyak peng0rbanan yang telah dan akan terus dilakukan dalam tahun ini,” katanya.
Akademi itu turut mengingatkan hal sama terhadap Pesta Kaamatan pada 30 Mei di Sabah dan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun di Sarawak.
Sumber : Astro AWANI via Gempak
Leave a Reply Cancel reply