Nak Tahu Rahsia Penampilan PM? Perunding Imej Ini Kongsi Maksud Di Sebalik Kemeja Putih, Lengan Dilipat Hingga Ke Sut Lengkap

Tidak dinafikan penu1aran wab4k Covid-19 di Malaysia yang masih belum menampakkan penamatnya membuatkan ramai daripada kita bimbang terutamanya apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.

Pun begitu, kelibat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media khas berkaitan penu1aran wab4k itu sedikit sebanyak membuatkan ramai daripada kita lega bagi mendapatkan informasi terkini terus daripadanya.

Bagaimanapun perasan tak, dalam tiga sidang media yang diadakannya, Muhyiddin seringkali tampil dengan gaya penampilan bersahaja tanpa sebarang formaliti khusus seperti tidak memakai blazer dan melipat lengan baju kemejanya ke paras siku.

Menurut perunding imej, Asnawi Yusof, pemilihan gaya pakaian perdana menteri itu sebagai bijak kerana dalam konsep berpakaian, ada beberapa perkara yang memberi kesan psik0logi manusia.

Muhyiddin menyampaikan Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu. 

Ini kata Asnawi termasuklah pilihan warna, padanan corak, aksesori dan juga formaliti pakaian namun ia tidak semestinya benar tetapi mampu beri pengaruh secara tidak langsung kepada yang melihat dan mendengar.

“Contoh paling mudah adalah apabila kita tengok seorang warga emas memakai kopiah, berjanggut sederhana panjang dan percakapan sentiasa berlandaskan aga ma, automatik kita akan memanggilnya ‘tuan haji’.

“Tengok orang pakai sut, bertali leher dan berkasut hitam oxford, sambil bercakap guna iPhone 11 Pro, automatik kita akan kata ‘dia orang berjaya’ atau ‘anak orang kaya’,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai pemilihan gaya Muhyiddin, Asnawi memberitahu kemunculan beliau ketika sidang media mengenai PKP dan pengumuman perihal keadaan semasa Covid-19 pada 13 Mac dan 16 Mac lalu ada maksud di sebaliknya.

Asnawi memberitahu pemilihan pemakaian perdana menteri mampu memberi pengaruh secara tidak langsung kepada yang menonton. 

Jika dilihat pada kedua-dua sidang media itu, Asnawi berkata, Muhyiddin memilih kemeja putih tanpa corak bersama tali leher kelabu gelap dengan corak minimal serta kemeja biru cair bersama tali leher rona sepadan tanpa memakai blazer.

Secara psikol0ginya kata Asnawi, beliau kelihatan suci dan jujur tanpa sebarang ‘maklumat tersembunyi’ yang disimpan dan tali leher yang dipakai memberikan tanda keamanan dan harmoni supaya nampak lebih dekat dengan masyarakat.

“Muhyiddin turut mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya rasa lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa,” jelasnya.

Berbeza ketika Muhyiddin tampil pada Perutusan Khas Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada 27 Mac lalu, beliau memilih mengenakan sut penuh berserta tag nama dan tali leher biru, imej berbeza berbanding dua sidang media sebelumnya.

Muhyiddin tidak mengenakan blazer bagi mengurangkan formaliti apabila bercakap kepada rakyat. 

Asnawi berkata, menerusi pakaian itu dapat dilihat perdana menteri serius kerana perutusan yang disampaikan adalah penting serta bernilai RM250 bilion kepada rakyat.

Ketika inilah katanya, beliau perlu menonjolkan diri sebagai seorang individu yang dipercayai, berkarisma dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

Bukan sekadar pakaian kata Asnawi, pemilihan perkataan yang digunakan dalam ucapan beliau juga cukup dititikberatkan apabila menggunakan bahasa Melayu dengan terma layman (bahasa mudah difahami) serta beberapa ayat bahasa Inggeris khusus untuk masyarakat bandar atau elite people.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*