“Percayalah Ia Tak Seindah Disangka…” – Anak Menangis Minta Dipe1uk Antara Cabaran Wanita Dikuarantin

Gambar hiasan

Umum tahu, kerajaan telah meminta sesiapa yang ada kontak rapat dengan mereka yang disahkan positif Covid-19 untul self kuarantin selama 14 hari dan ianya bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang ibu yang mempunyai anak kecil di rumah.

Tangisan anak tunggal berusia 7 tahun di pintu bilik meminta dipe1uk, adalah antara cabaran yang paling mencabar bagi peneraju Bernama Radio apabila terpaksa kuarantin secara sukarela berikutan berkontak rapat dengan pesa kit posi tif  Covid-19.

Raifanabillah Zulkifli, peneraju siaran pagi Bernama Radio menyifatkan pengalaman berkuaratin amat mencabar dari segi men tal, serta memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.

Beliau yang memuat naik pengalamannya semasa kuarantin di laman Facebooknya turut menceritakan segala langkah yang diambil  bagi memastikan  keluarganya dihindari dari dijang kiti vi rus tersebut.

“Kena jaga jarak sekurang-kurangnya dua meter kerana ta kut ada rembesan air liur,” dan tidur serta makan berseorangan di bilik lain, katanya.

Raifanabillah atau lebih dikenali sebagai Raifa berkata sebelum mendapat keputusan yang beliau negatif Covid-19, beliau sukar sekali untuk tidur kerana memikirkan pelbagai kebimbangan mengenai penya kit tersebut.

“Untuk dua minggu tersebut, kamu akan fikir macam mana kalau tidak selamat, macam mana esok bangun dah tiada, macam-macam benda la fikir masa ini,” katanya.

Raifa berkata beliau juga perlu melalui pelbagai langkah pervbatan sepanjang kuarantin, iaitu memeriksa suhu badan setiap hari dan memastikan tiada simptom gejala Covid-19.

“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras akan datang untuk membuat pemeriksaan mengejut walaupun belum disahkan positif, PKD juga akan call untuk tanya kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Raifa berkata beliau turut mengalami seran gan panik bila hari keputusan semakin menghampiri.

“Walapun ini adalah cabaran yang perlu dilalui, namun saya berterima kasih sangat kepada doktor yang prihatin serta ahli keluarga dan rakan yang sentiasa di sisi saya, ” katanya dalam catatannya di FB.

Raifa menyarankan bagi mereka yang pernah berhubung rapat dengan kes positif Covid-19 supaya menjalani ujian saringan dengan segera untuk memastikan mereka tidak menu1arkan v1rus tersebut dan menjejaskan kesihatan orang lain.

“Duduklah di rumah kerana kamu boleh bergerak bebas dalam rumah sendiri sekurang- kurangnya berbanding dikuarantin berseorangan dalam bilik… percayalah ia tak seindah disangka.”

 

Sumber: BERNAMA via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*