Terdahulu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanann Perintah Kawalan Pergerakan 14 Hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 untuk membendung penu1aran wab4k Covid-19.
Namun begitu, kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April.
Tempoh pelanjutan itu sudah pasti merupakan tempoh yang panjang buat mereka duduk di rumah.
Namun apakan daya, kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab perlu menurut perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memastikan rantaian wab4k Covid-19 dapat diputuskan.
Begitu yang terjadi kepada seorang bapa, Mohd Azam Ibrahim, 42, yang sanggup melayan kerenah tiga anaknya perempuannya untuk bermain masak-masak.
“Masa tu saya baru selesai solat, tengok anak-anak saya bosan duduk rumah, jadi saya alihkan kereta dan bentang tikar untuk mereka bermain di hadapan rumah.
“Pada mulanya mereka ajak saya untuk bermain sekali, saya pun layan sahaja mereka sebab bosan.
“Tiba-tiba mereka minta saya jadi emak. Ah sudah… saya pun pinjam baju kelawar isteri saya dan secara kebetulan ada rambut palsu, saya pun sarung,” ujar Azam yang memberitahu apa yang dilakukannya itu adalah secara spontan.
Azam yang merupakan seorang office boy di Sekolah Kebangsaan Othman Syawal, Melaka, berkat dia sering melayan anak-anaknya memandangkan mereka bosan berada di rumah sepanjang tempoh PKP.
“Selalu saya bawa mereka bersiar di kawasan Pengkalan Balak ni, takpun bawa mereka mandi laut, tapi disebabkan Covid-19 ni, kami tak keluar ke mana-mana.
“Mereka bertiga ni berusia 4 tahun, 6 tahun dan 10 tahun. Macam-macam mereka ajak saya main. Tadi, anak bongsu ajak saya menari, mana la saya pandai.
Tambah Azam lagi, anaknya telah mengajak dia main kahwin-kahwin dan menyebabkan isterinya pandang ‘semacam’ kepadanya.
“Semalam mereka ajak saya main kahwin-kahwin, isteri dah pandang saya ‘semacam’ dan tanya saya nak kahwin dengan siapa,” ujar Azam yang turut mempunyai anak lelaki berusia 12 tahun.
Azam juga mendedahkan bahawa dia juga melakukan ‘PKP di rumah’ tetapi diubah suai sedikit iaitu menghalang anaknya daripada kerap pergi ke dapur.
“Saya terpaksa letak notis dan tape untuk halang mereka masuk ke dapur.
“Rumah saya ni panas, jadi mereka kerap sangat pergi ke dapur untuk bermain peti ais. Sampai longgar dah pintu tu.
“Bila saya dah letak tape tu, mereka main di depan sahaja, kecuali yang bongsu tu dia bijak, dia merangkak lalu bawah tape tu,” ujar Azam sambil ketawa.
Menurut Azam lagi, dia nyata terkejut apabila perkongsiannya di Facebook menjadi tular.
“Saya tak pandai sangat bab teknologi, saya tahu main Facebook je.
“Terkejut juga bila kawan isteri dari negeri lain siap telefon dia tanya ‘betul ke suami kau macam ni?’.
“Di ruangan komen pula, majoriti wanita yang komen. Mereka semua tag suami masing-masing untuk berhenti main permainan video dan buat seperti saya,”cerita Azam lagi.
Leave a Reply Cancel reply